Tuesday, October 4, 2016

KRAFTANGAN

Picture
Forests are very important in human life environment. Malaysia existence in tropical rain forests, which is the oldest forests in the world and a rich diversity of forest products have contributed a lot. Result forest who many this has been give contribution to the increase of economic resources country as well as create a lot of employment opportunities. Forest products are made ​​of wood, animal and not wood.Among the non-timber forest matters is rattan and bamboo. Rattan and bamboo has many functions which are to be made ​​furniture and crafts. On this day, the handicraft industry increasingly grow compared before this because wood production increasingly capped to control the deforestation. This work will be described on matters related to handicrafts in Malaysia, covering what's crafts, contributions and issues that often involve small and medium industries are. 
                                                             
                                                               DEFINSI KRAFTANGAN


                                                      

Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasilpengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan.

1Kraf Tradisional – kerja-kerja berunsurkan seni yg melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masy. Yg diwarisi turun temurun.

2. Jenis kraf tradisional

a) alat domestik perlatan harian masyarakat tradisional – spt senduk (tempurung), kukur kelapa (besi, kayu), tenggala (kayu) Teknik – luakan, asemble,ukir.
b) alat permainan
 – alat permainan yg dimainkan utk mengisi masa lapang selepas kerja menuai . Spt wau (proses-memilih buluh, meraut, membentuk rangka,
menampal kertas dan corak )
Gasing-Jenis ( lang laut, leper, uri, piring) , Bahagian (paksi, temin,turaplabu,bahu, leher, kepala dan patak) Proses ( memilih kayu,
membakal-kerat dan potong berbentuk kun, melarik, simpailingkaran logam pada bahu,labu dan patak)

c) Alat pertahanan diri –senjata- digunakan untuk memburu dan mempertahankan diri. Spt keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam,
lembing, sumpit dll.

d) Batik – sejenis kraf yg dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain. Kaedah ( batik tulis, lukis, canting ). Proses ( kain dibasuh utk membuang kanji, dikeringkan dan diregangkan , motif
dan corak dilakarkan dgn pensil, bahan campuran lilin dipanaskan, melakar diatas fabrik dgn canting , bahan warna disapu pad motif)


e) Seni tekat – tekstil yg dihasilkan dgn cara menyulam benang ke tasa kain dasar jenis baldu. Proses ( Penciptaan, persiapan
pemidang, membentuk mempulur, menyulam)

f) Tembikar – barang kraf yg dihasilkan drp tanah liat, dibentuk dan dibakar. Alat yg digunakan (pisau, pengayak, pinggan, penggelek, dawai pemotong, kayu pembentuk, papan gelek dll )

g) Seni anyaman – satu proses menyalin helaian daun pandan,mengkuang. Bilah buluh, rotan, lidi, bertam , paku-pakis ribu ribu melalui teknik selang-seli. Proses daun ( melayur , menjangka daun- sisir/belah, melurut, merendam, pewarnaan- kuning (kunyit)
jingg/ merah (buah kesumber india) biru tua (daun mengkudu) ,hitam (buah pokok arang), hijau (daun bemban), mencelup warna.

Proses anyaman ( lagang-bilah daun dibentuk V, mengayam,
pepeh- anyaman mati tepi tikar, sisip- guna buluh elak terburai,kerat lebihan bilah anyaman)
Kelarai – corak atau motif berbentuk dam. Yg tidak bercorak kelerai dipanggil ghadas.

h) Senu ukiran kayu – kraf tangan utk menghiasi rumah, Fungsi (hiasan pada bahagian pintu, siling, dinding, tebar layar dll ) Teknik mengukir ( bunga timbul , papan tebuk )


kraf anyaman

Picture

Pengenalan

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.
Definisi Anyaman

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

JENIS-JENIS ANYAMAN

                    PANDAN & MENGKUANG

1. Anyaman Mengkuang - Daun mengkuang -Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
2. Anyaman pandan - Daun pandan duri -Tikar sembahyang, hiasan dinding,
3. Anyaman Buluh - Jenis-jenis buluh yang sesuai - Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
4. Anyaman Rotan - Rotan yang telah diproses -Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
5. Anyaman Lidi - Lidi kelapa-Lekar, bekas buah, bekas telor.
6. Anyaman ribu-ribu-Paku pakis ribu-ribu.-Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.



Perkembangan

Picture

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.






















Pelbagai Hasil Kraftangan

Malaysia berbangga kerana mempunyai pelbagai jenis kraftangan tradisional – dari hasil kraftangan antik yang tidak ternilai, hingga kraftangan moden yang menawan.

Oleh sebab kebanyakan penghasil kraftangan di negara ini beragama Islam, rekabentuk kraftangan tradisional banyak mencerminkan pengaruh Islam. Agama Islam melarang penggunaan gambaran manusia dalam keseniannya. Oleh itu kebanyakan rekabentuk adalah berdasarkan unsur alam semulajadi seperti corak akar dan tumbuhan menjalar, bunga serta haiwan.
Pasu


Barangan popular yang berciri tradisional termasuklah labu sayong dari negeri Perak, geluk dan belanga, tembikar Cina dan pasu Sarawak yang dihias corak tradisional. Kraftangan moden pula termasuklah pasu bunga, pasu, hiasan yang diperbuat dari tanah liat, arca serta barangan kegunaan dapur.

Labu sayong


Labu Sayong merupakan pasu berbentuk labu Cina yang lazimnya berwarna hitam dan biasanya digunakan untuk menyimpan dan menyejukkan air. Negeri Perak amat terkenal dengan jenis pasu ini.

Belanga

Belanga banyak dijumpai di rumah-rumah kampung dan lazimnya mempunyai dasar yang bulat dan pembukaan bibir yang luas. Ianya selalu digunakan untuk memasak kari kerana dipercayai dasarnya yang bulat membolehkan suhu memasak lebih rata.

Terenang

Bentuk Terenang bersegi-segi dan ia selalunya digunakan oleh penduduk di Negeri Pahang dan Terengganu untuk menyimpan air. Ianya mempunyai leher yang cengkung dan badan yang cembung.

Hasil Kayu


Malaysia, negara yang diberkati dengan sumber kayu-kayan yang pelbagai di hutan hujan tropikanya, juga terkenal dengan hasil kraftangan kayunya yang pelbagai jenis. Pada zaman dahulu, kebanyakan rumah di Malaysia diperbuat seluruhnya daripada kayu. Kini, antara hiasan serta barangan kayu yang boleh didapati termasuklah panel kayu antik yang terukir, hulu keris, bekas dengan reka bentuk Cina, ukiran kayu Orang Asli yang unik, tongkat kayu berukir, pelbagai peralatan dapur, serta kayu wangi yang berukir.

Kerja Tangan Logam


Hasil kerja tangan cara tradisional bagi membuat pelbagai peralatan gangsa dan loyang yang popular pada zaman dahulu masih terdapat hingga kehari ini. Dengan penemuan bijih timah pada kurun ke-19, pewter pula menjadi semakin popular. Hasil barangan logam termasuk barang hiasan moden, peralatan dapur dan artifak tradisional seperti tepak sirih, bekas merenjis air bunga mawar, serta bilah keris.

Hasil Anyaman 


Kagumi kehalusan hasil anyaman yang kreatif di Malaysia. Sumber tumbuhan termasuk bambu, rotan, pandan dan mengkuang, menyediakan bahan mentah bagi kerja anyaman dengan teknik melilit, menganyam, menocang dan menyelit bagi menghasilkan beg, bakul, tikar, topi, tudung saji, serta sepak raga.
Kain

Kain tradisional Malaysia, yang beraneka warna dan menawan, sangat digemari ramai. Jenis-jenis kain termasuklah batik, songket, pua kumbu dan tekat. Jenis-jenis kain ini kemudiannya dijadikan pelbagai barang perhiasan, dari pakaian tempah khas hinggalah kasut, langsir berwarna-warni dan alas tilam yang lembut.

Batik

Perkataan batik merujuk kepada teknik bagaimana kain batik dihasilkan, menggunakan lilin bagi membuat permukaan kain menjadi kalis air agar tidak menyerap warna. Warna kain batik tahan lebih lama kerana keseluruhan kain tersebut dicelup ke dalam pewarna yang menyerap ke dalam serat kain tersebut, dan bukan dicat atau dicetak.

Songket


Kain songket dihasilkan secara anyaman menggunakan benang emas. Pada masa dahulu, kain yang mewah dan indah ini melambangkan taraf kedudukan seseorang Melayu bangsawan.

Pua Kumbu


Pua Kumbu diperbuat daripada benang-benang yang dicelup secara individu menggunakan alat penenun tradisional. Corak menarik pada kain ini diilhamkan dalam mimpi tukang tenun dan dipengaruhi kepercayaan animis yang purba. Corak-corak yang diilhamkan adalah merupakan gabungan antara yang azali dengan yang mistik. Setiap tenunan mencerminkan peribadi penenun itu sendiri.

Tekat 


Tekat adalah seni menjahit benang emas ke atas kain dasar, yang lazimnya baldu, pada asalnya digunakan bagi menghias pakaian kahwin Melayu tradisional.
Barang Kemas & Aksesori Pakaian

Barangan aksesori buatan tangan yang halus banyak terdapat di Malaysia. Pilihlah antara barangan yang diperbuat daripada kulit, rantai manik dari Borneo, atau barang kemas emas dan perak bertatah batu permata yang sungguh menawan.

Kerongsang


Set tiga biji kancing yang digunakan bagi menyemat bahagian depan baju kebaya. Kerongsang lazimnya terdiri dari tiga bentuk kancing, iaitu satu kancing ibu, yang lebih besar dan berat, serta dua kancing anak yang lebih kecil dan ringan yang disusun di bawah kancing ibu.

Cucuk Sanggul


Penyemat rambut tradisional yang digunakan untuk mengemaskan rambut wanita dan membentuk sanggul di atas kepala mereka. Penyemat ini, yang lazimnya diperbuat dari emas atau perak dalam set tiga, lima atau pun tujuh, kini dipakai ketika hari perkahwinan atau digunakan oleh para penari tradisional dengan pakaian persembahan mereka.

Pending

Sejenis tali pinggang berukir yang digunakan untuk mengemaskan samping dengan pakaian baju Melayu yang merupakan pakaian tradisi bagi kaum lelaki. Pada masa dahulu, pending ini mencerminkan taraf dan kekayaan pemakainya. raf dan kekayaan pemakainya. 

Kraftangan Melayu


Labu Sayong
Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labuberwarna hitam yang berasal dari Kg. Kepala Bendang,Mukim SayongKuala KangsarNegeri Perak. Dari kampunginilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentahiaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.



Kraftangan Cina
Tanglung
Tanglung merupakan sejenis alat pelindung yang melindungililin dari tiupan angin ketika berjalan pada waktu malamIamerupakan salah satu benda penting dalam kebudayaanCina dan telah menjadi salah satu unsur kebudayaanmasyarakat Cina semenjak tahun 250 SM lagi.


Kraftangan India

Kalung Bunga
Kalung bunga melambangkan kegembiraan masyarakat Indiauntuk menyambut individu yang istimewa bagi mereka.Mengalungkan bunga adalah untuk menyataan perasaanmereka yang mengalu-alukan kedatangan atau kepulanganindividu terbabit.
JENIS-JENIS KRAFTANGAN
TEMBIKAR
Tembikar merupakan salah satu daripada hasil kraftangan Melayu tradisi. Ia diperbuat daripada tanah liat dan antara barang-barang yang diperbuat dari tembikar ialah zawan, mangkuk, pinggan, pasu dan sebagainya. Terdapat empat kawasan utama sebagai pusat kegiatan pengeluaran barangan ialah di Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan, di Sayong, Kuala Kangsar, Perak, di Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang dan beberapa tempat di Sarawak. Salah satu barangan tembikar yang begitu popular di Malaysia ialah labu sayong. Cara menghasilkan tembikar juga dipanggil seramik di empat kawasan tersebut tidak banyak berbeza cuma jenis barangan yang dihasilkan dan rekacorak hiasan atau pengemasannya. Perbezaan ini wujud kerana pengaruh adat dan cara hidup mesyarakat tempat, serta daya cipta pengusahanya. Hal ini juga memberi gambaran bahawa barangan tembikar tradisional mengutamakan ciri fungsional dari ciri perhiasan. Labu ialah sejenis buyong, takar atau kendi tembikar yang bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Kangsar.


UKIRAN KAYU
PengenalanSeni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli.

ANYAMAN
Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat di nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Keseluruhannya, kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak berbeza, cuma bergantung kepada jenis tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman. Antara tumbuh-tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam seni anyaman ialah buluh, mengkuang, rotan, ribu-ribu dan lidi. Perbezaan ciri tumbuh-tumbuhan ini menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan seni anyaman. Jika diperingkat sekolah rendah penggunaan bahan ganti boleh digunakan dalam penghasilan membuat anyaman contohnya surat khabar, daun kelapa dan lain - lain lagi mengikut tahap murid.


Masyarakat Malaysia begitu kaya dengan warisan seni halus yang diwarisi sejak zaman berzaman. Tenunan, sulaman, tekat dan ukiran umpamanya adalah antara seni halus yang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kebudayaan. Kreativiti dan kehalusan seni begitu jelas terpancar dalam setiap hasil kerja tangan tradisional ini. Beberapa topik berkaitan bidang seni halus yang akan dipaparkan dalam lama web ini adalah anyaman, seni batik, pua kumbu, songket, tekat, kain dastar, kain tenun, manik, ukiran dan tembaga. Seni warisan ini perlu didedahkan kepada generasi yang akan datang supaya seni warisan tradisional ini " Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas". Penerapan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu alternatif memperkenalkan seni warisan kepada generasi muda.